Sultan Selangor menitahkan seluruh rakyat agar tidak terpedaya dengan kumpulan-kumpulan tertentu yang mendakwa diri mereka sebagai antivaksin.
Menerusi kenyataan dalam akaun Facebook rasmi Selangor Royal Office pada Jumaat, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah usaha yang dilakukan kerajaan menerusi pemberian vaksin adalah seiring dengan tuntutan agama.
Tegas Baginda, ia amat wajar dilakukan demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.